Cinta Suci Dalam Rumah tangga

Tiada manusia yang mahukan kesusahan di dalam hidup. Tiada manusia
yang mahukan kepada penderitaan melainkan manusia yang jiwa dan
fikirannya sudah tidak normal. Tiada siapa mahu diumpat keji,
kematian orang-orand yang dikasihi, turun pangkat, harta kekayaan
musnah, dikata nista oleh masyarakat dan berbagai-bagai lagi.
Kalau boleh lari dari kesusahan atau penderitaan hidup pasti akan
ramai manusia yang berusaha berbuat begitu. Tetapi ke mana hendak
dilarikan diri, kerana dunia ini sudah Allah tentukan sebagai tempat
ujian. Orang kaya diuji dengan kekayaannya, yang miskin dengan
kemiskinannya, orang berpangkat diuji dengan kedudukannya, orang
bawahan diuji dengan kesusahannya. Begitulah, selagi nyawa
dikandung badan selagi itu manusia tidak akan terlepas dari ujian
kesusahan hidup.

Walaupun sudah begitu perjalanan alam tetapi terdapat para cerdik
pandai hari ini yang bertungkus-lumus mencari dan menggunakan
berbagai-bagai cara untuk manusia melepaskan diri dari kesuasahan
dan penderitaan hidup. Maka kita boleh lihat pada hari ini wujud
berbagai-bagai usaha; alat dicipta untuk mengetahui sebarang
malapetaka sebelum menimpa dunia, perubatan dalam teknologi moden
untuk mengatasi segala penyakit, berbagai petua yang awet muda,
diolah panduan-panduan hidup yang boleh membawa kepada bahagiaan;
namun apa yang Allah tentukan tetap berlaku.
Bagi orang yang beriman, kesusahan dan penderitaan hidup sudah
dianggap semuanya itu sebagai ketentuan dari Allah. Mereka
mengusahakan sifat-sifat terpuji pada hati seperti sifat redha,
sabar, ikhlas, baik sangka dan tawakal. Bila sifat-sifat ini wujud
dalam hati, walau kesusahan dan penderitaan bagaimana beratpun yang
datang akan dirasai dengan kehendak Allah.
Hakikatnya semua jiwa manusia tidak suka dan bergembira pada
kesusahan. Tiada manusia yang mahu berkata, “Wahai Tuhan,
datangkannlah padaku kesusahan dan penderitaan” atau “Aku bergembira
dengan kesusahan hidup yang menimpa”. Manusia yang jiwa dan fikiran
yang sihat akan berkata, “Wahai Tuhan, berilah kelapangan dan
kebahagiaan pada hidupku dunia dan akhirat”.
Kaum wanita yang asal kejadiannya lemah juga seboleh mungkin tidak
mahu mengalami dan menaggung penderitaan di dalam hidup. Lebi-lebih
lagi untuk menanggung krisis rumahtangga yang akan mengakibatkan
kepada pendertaan batin, fikiran terganggu, kurus kering badan dan
air mata selalu mengalir.
Ada segolongan orang yang berpandangan bahawa masalah rumahtangga
adalah perkara kecil jika dibandingkan dengan masalah-masalah lain.
Sebenarnya bagi seorang wanita yang berada pada fungsinya yang
sebenar, akan merasa bahawa masalah rumahtangga adalah masalah yang
besar. Wanita akan mudah rasa sensitif dangan masalah yang timbul
dalam rumahtangga kerana sebahagian besar masa wanita itu adalah
dirumah. Jadi mahu tidak mahu wanita terpaksa berhadapan dan
menanggung segala masalah yang timbul dalam rumahtangga.
Maka tidak hairan kalau kehancuran rumahtangga boleh meragut seluruh
kebahagiaan hidup seorang wanita. Tidak ada lagi kedamaian
rumahtangga. Menasabah sekali dalam Islam telah mengkategorikan
rumahtangga yang selalu porak-peranda sebagai “neraka dunia” dan
rumahtangga yang aman damai sebagai “Jannatul Ajilah” iaitu ’syurga
dunia’ yang ementara sebelum menemui syurga yang kekal abadi.
Justeru itu sudah pasti bagi setiap wanita tidak mahu bersuamikan
seorang lelaki yang curang, yang sering membawa pertelingkahan
ataupun benci-membenci antara satu sama lain. Pasti semuanya
mencintakan sebuah rumahtangga yang bahagia, kasih mengasihi antara
suami isteri ataupun suami yang menyerahkan cinta tanpa berbelah
bagi. Inilah bentuk kebanyakan hati dan perasaan setiap wanita
ketika hendak mendirikan rumahtangga.
Kita boleh lihat kebanyakan muda-mudi hari ini sebelum mendirikan
rumahtangga akan bersumpah setia yang disaksikan oleh bulan dan
bintang untuk sehidup semati ataupun kasih tidak akan bertukar ganti.
Begitukah bentuk tersebut boleh dikategorikan sebagai cinta suci
yang patut wujud dalam rumahtangga Islam. Cinta suci dalam istilah
si lelaki tidak boleh berbelah kasih demi kesetiaan pada si
perempuan. Rasa-rasanya cinta bentuk ini adalah hipokrit. Wujud atas
dasar tidak mahu kasih dibelah bagi. Mahu suami hanya menumpukan
kepada dirinya seorang diri.
Kemungkinan juga cara kita menilai tentang cinta banyak dipengaruhi
oleh filem-filem hindustan yang begitu popular satu masa dulu. Si
hero akan buat apa saja demi membuktikan cinta kepada si heroin
walaupun nyawa menjadi tebusan. Setelah si hero dan si heroin
selesai menghadapi berbagai rintangan akhirnya hiduplah mereka aman
damai hingga ke anak cucu. Ataupun kita menilai tentang cinta banyak
dipengaruhi oleh kisah cinta Laila Majnun atau Romeo Juliet yang
sanggup mati bersama. Agaknya ada yang berpendapat inilah bentuk
cinta yang tinggi nilainya.
Sekiranya beginilah bentuk fikiran dan jiwa setiap pasangan yang
hendak mendirikan rumahtangga, pasti mereka tidak akan menemui
kebahagiaan, kerana pengalaman telah menunjukkan banyak kegagalan
sekiranya rumahtangga dibina atas bentuk ini. Hati jarang merasa
tenang kerana sering mempertikaikan apakah dia masih setia padaku.
Kalau didapati pasangan yang jelas mungkir janji maka akibatnya
lebih teruk lagi. Hati akan hancur berkecai dan timbul tindakan-
tindakan tanpa arah tujuan.
Tidak hairan kalau wujud risiko sebegitu rupa kerana penyerahan
cinta sudah disalah letak. Pergantungan hati telah diletak pada
hamba yang lemah, bukan kepada yang Allah Yang Maha Gagah Perkasa.
Orang yang kita cintai tidak ada kuasa apa-apa untuk mengatur
kebahagiaan kepada kita.
Yang dikatakan cinta suci dalam rumahtangga Islam ialah apabila kita
dapat menyerahkan seluruh cinta kita kepada Allah S. W. T. dan suami
hanya jalan untuk kearah tersebut (alat) dan bukan matlamat. Apabila
cinta telah dapat diletak pada tempat yang betul maka dengan
sendirinya perhubungan kita dengan suami akan berjalan lancar. Kasih
sayang dengan suami akan menjadi bersih dan suci. Suami menjadi
orang yang paling kita muliakan dan taati, lantaran itu yang diminta
olen Allah S. W. T.
Cinta yang berada pada tempat yang betul akan mengawal nafsu kita
dari meminta suami meletakkan seluruh kecintaannya kepada kita
seorang. Kalau kita bersikap begitu maka menandakan ada sikap
hipokrit dalam diri. Kita hanya memetingkan perasaan dan kesusahan
diri sendiri tanpa memikirkan keperluan suami dan nasib kaum sejenis.
Justeru itu cinta suci dalam rumahtangga amat berharga untuk kita
usaha dan miliki. Kerana cinta suci akan dapat meletakkan hati dan
fikiran kita dalam keamanan. Hati dan fikiran tidak akan dapat
dikacau dan ditakut-takutkan oleh sesuatu perkara yang belum datang
seperti bisikan suara yang selalu datang menganggu, “Kalau suami
kamu kasihnya berbelah bagi, apa nak jadi?” Bisikan-bisikan jahat
berupa itu tidak akan dapat mengundah-gelanakan hati kita kerana
cinta telah diletakkan pada Allah bukan pada manusia. Allah yang
menjadi matlamat.
Kita yang tidak pandai menilai pengertian cinta dari Allah.
Kemungkinan jiwa kita akan merasa sakit dengan ujian yang menimpa
seperti suami yang kasihnya berbelah bagi. Tetapi hendaklah kita
faham bahawa mungkin dengan ketentuan Allah yang berbentuk begitu
sahaja dapat meningkatkan iman kita. Allah mahu hamba-Nya selalu di
akhirat bukan hanya setakat selamat di dunia saja. Untuk itu Allah
tidak akan teragak-agak mendatangkan ujian pada hamba-Nya yang
dikasihi-Nya.
cerita cinta sejati

article source : http://bayu.yudistira.blogspot.com
.

No comments:

Post a Comment