Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu katanya: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda tentang apa yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terima dari Allah 'Azza wa Jalla katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah 'Azza wa Jalla berfirman: HambaKu telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya karena melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah 'Azza wa Jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya karena melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah 'Azza wa Jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya karena melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah 'Azza wa Jalla tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu *
No comments:
Post a Comment